PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

"Salam Ukhuwah..... Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Bahan pengajaran yang terdapat di dalam blog ini mengandungi pengetahuan am dan contoh karangan yang sesuai digunakan dalam P&P Bahasa Melayu Tahap 2. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua"


Ahad, 27 November 2011

KEBAIKAN BERSUKAN


Panduan Guru

Bersukan dapat membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

1.Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
2.Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
3.Meningkatkan keyakinan diri.
4.Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
5.Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.
6.Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.
7.Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam sukan.
8.Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.


Main Bola Hati Gembira



Contoh Aktiviti Sukan


  Contoh Karangan

Setiap orang digalakkan menyertai aktiviti sukan kerana memberi banyak kebaikan. Tuliskan sebuah karangan mengenai kebaikan bersukan.

          Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya.
         Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita.Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.Apabila badan kita berpeluh,kita akan berasa lebih segar dan sihat.Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita.
         Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah.Dengan bersukan masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok .Kita juga boleh bersukan pada waktu petang dan pada hari cuti.
         Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan.Selain menjaga pemakanan,aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tinggi.
         Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulang kaji pelajaran.Apabila kita belajar,kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita  berasa letih dan lesu.Oleh itu, untuk merehatkan fikiran kita mestilah bersukan.Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.
         Kesimpulannya,bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita.Lantaran itu.marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita.

Aksi Lucu 1

Aksi Lucu 2


MENJAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN

     Panduan Menjaga Kebersihan Persekitaran
                  

Gotong-royong merupakan aktiviti
yang bersesuaian untuk menjaga
kebersihan persekitaran







 Menjaga  Alam Sekitar Tanggunjawab Kita 


  1. Kepentingan Kebersihan Persekitaran
    • Mencegah penyakit.
    • Mengelakkan dari bau busuk dan keadaan yang tidak selesa.
    • Menjadikan persekitaran sentiasa ceria dan selesa.
    • Merangsang murid memberi tumpuan terhadap pelajaran.
  2. Penyakit-penyakit Utama Yang Terjadi Akibat Daripada Persekitaran Yang Tidak Dijaga
    • Demam Denggi – akibat pembiakan nyamuk Aedes.
    • Taun dan Hepatitis A – akibat daripada pembiakan lalat, lipas dan tikus.
    • Demam Kepialu (Tifoid) – akibat daripada pembiakan lalat, lipas dan tikus.
  3. Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran di Sekolah Dan di Rumah
    • Sediakan tong sampah.
    • Buang sampah ke dalam tong sampah.
    • Tidak membuang sampah merata-rata.
    • Menanam pokok-pokok bagi mewujudkan suasana hijau.
  4. Cara-cara Pelupusan Sampah Yang Sesuai
    • Menanam
    • Kitar semula – membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula secara berasingan mengikut bahan yang ditetapkan.
Contoh Karangan 
Persatuan Alam Sekitar sekolah anda telah menyertai suatu aktiviti secara bergotong-royong untuk membersihkan sebatang sungai. Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan penduduk kampung anda. Tulis laporan lengkap tentang aktiviti tersebut.

Pendahuluan

- menyatakan tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan - jumlah ahli persatuan yang terlibat
Isi-Isi
(a) penerangan diberikan oleh wakil penduduk - langkah-langkah keselamatan
(b) ahli dipecahkan kepada beberapa kumpulan - diketahui oleh seorang penduduk kampung - setiap kumpulan berbeza tugasnya
(c) ahli persatuan diberi tugas mengumpulkan sampah - dipungut dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam - ditanam
(d) kaum ibu turut sama menyediakan hidangan tengah hari untuk para peserta
Penutup
- aktiviti tamat pada pukul enam petang - sungai dan kawasan sekitarnya kelihatan bersih

Laporan Aktiviti Gotong-Royong
        Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.
       Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong.
       Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya.
      Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.
      Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan,kaum wanita telah manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera..Selain itu,wakil penduduk Kampung Sri Aman turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami membersihkan kawasan sungai.
        Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang.Meskipun keletihan, namun kami  berasa sungguh gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.
Menjaga Kebersihan Sungai

Rabu, 2 November 2011

KEBERSIHAN DIRI

Penjagaan Kebersihan Diri

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:
a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria

Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut  
     berbau busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Kebersihan Diri



Contoh Karangan 


Tajuk:
Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Contoh Jawapan:

         Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

        Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

cuci tangan Karangan UPSR 05: Cara cara Menjaga Kesihatan Diri
     
        Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

        Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

jogging 300x190 Karangan UPSR 05: Cara cara Menjaga Kesihatan Diri
    
        Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

    Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Pengarang: Noor Azman Mahat