Panduan Guru
Bersukan dapat membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:
1.Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
2.Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
3.Meningkatkan keyakinan diri.
4.Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
5.Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.
6.Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.
7.Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam sukan.
8.Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Main Bola Hati Gembira
Contoh Aktiviti Sukan
Contoh Karangan
Setiap orang digalakkan menyertai aktiviti sukan kerana memberi banyak kebaikan. Tuliskan sebuah karangan mengenai kebaikan bersukan.
Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya.
Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita.Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.Apabila badan kita berpeluh,kita akan berasa lebih segar dan sihat.Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita.
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah.Dengan bersukan masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok .Kita juga boleh bersukan pada waktu petang dan pada hari cuti.
Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan.Selain menjaga pemakanan,aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tinggi.
Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulang kaji pelajaran.Apabila kita belajar,kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita berasa letih dan lesu.Oleh itu, untuk merehatkan fikiran kita mestilah bersukan.Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.
Kesimpulannya,bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita.Lantaran itu.marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita.
Aksi Lucu 1
Aksi Lucu 2
Aksi Lucu 1
cara cara dk
BalasPadamthanks
BalasPadam